RSS
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers 400

TEMAN SEJATI

PELAMINKU INDAH

KOLEKSI GAMBAR PENGANTIN

Wednesday, December 30, 2009

Tuesday, December 29, 2009

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Adat berjunjung budayamelayu

Tersusun kasih tersimpul sayAng

Terikat terkurung kasih nan satu

Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah hati kedua mempelai ini, dan pasangannya seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati keduanya di dunia dan akhirat Amin Ya Rabbal Alamin

majlis perkawinananak saudara




Wednesday, December 23, 2009

LUASNYA NERAKA

LUASNYA NERAKA


ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله




Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah.....

Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..
x smp 5 minit..pun!!!

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....


.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat


Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan..' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

DOA IKAN NUN
============
'LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN'

Sunday, December 20, 2009

Molekul Air Zam-Zam

> > Assalamualaikum
> >
> > Penemuan ini sungguh menakjubkan dan wajib dikongsi bersama, kenapa
> > dgn keizinanNYA air penawar blh menyembuhkan penyakit, baca dan
> > hayatilah petikan dibawah:
> >
> > Pada 10/10/02 (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wism a Telekom Semarak
> > telah menjemput Ustaz Abdullah Mahmud untuk menyampaikan ceramah
> > beliau.
> >
> > Diantaranya :
> >
> > Air merupakan salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak
> > boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari
> > Allah.
> >
> > Ustaz kemudian bercerita bahawa dia telah berkesempatan menghadiri
> > satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana baru-baru
> > ini yang mana kebanyakan participant yang hadir terdiri daripada orang
> > bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah dari
> > UM).
> >
> > Penceramahnya seorang Profesor yg pakar tentang air dari Jepun.
> > Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air, beberapa slide
> > ditunjukkan dan dipancark an dilayar putih kepada hadirin sekelian.
> > Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber air (sungai, laut,
> > perigi dan bermacam lagi).
> > Maka terpancarlah berbagai-bagai rupa bentuk susunan molekul-molekul
> > air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin tetapi
> > samar-samar, tidak begitu jelas (dengan telinga yang besar,
> > bertanduk dan sebagainya)rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Lalu
> > Profesor itu berkata "banyak lagi sampel-sampel air yang lain tetapi
> > rupa molekul-molekulnya hampir sama, sekarang saya nak tunjukkan
> > sampel air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan
> > tadi"
> >
> > Profesor itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul
> > air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian
> > (bersegi-segi),bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan
> > warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu
> > profesor bertanya "Siapakah di antara kamu semua yang tahu sampel air
> > apakah ini".
> > Hadirin semua senyap, dan kemudian, Pensyarah dari UM mengangkat
> > tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".
> >
> > Profesor berkenaan memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan
> > bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air
> > zam-zam.
> >
> > "Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab
> > Pensyarah. Profesor berkata "Saya tak tahu samada betul atau tidak
> > air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air
> > zam-zam."
> >
> > Kemudian Professor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat
> > mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air. Lalu didalam dewan
> > itu mereka membuat experiment bagaimanakah yang dikatakan kata-kata
> > dapat menpengaruhi rupa bentuk molikul-molikul air. Semua hadirin
> > dikehendaki membaca sesuatu kepada air mineral masing-masing. Lalu
> > seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang
> > telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak molikul air membentuk
> > seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yg panjang dan perut
> > yg buncit).
> >
> > Bila tiba giliran Ustaz, air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat
> > dan Ayat Kursi maka nampaklah rupa molikul air seperti
> > berlian
> > dan berkilau-kilau.... Subhanallah. Lalu Ustaz disuruh oleh Profesor
> > menbaca sebarang ayat/kata-kata yang tidak baik...maka nampaklah
> > diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.
> >
> > Subhanallah..... daripada ceramah yang Ustaz sampaikan ini marilah
> > kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.
> >
> > Ini adalah kata-kata dari Ustaz Abdullah : "Jika hendak air itu
> > merasa manis maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka
> > masukkanlah pewarna dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah
> > ayat-ayat yang mulia kepadanya".
> >
> > Wassalam.

Wednesday, December 16, 2009

KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah
Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg
banyk, Bagaimana??? , bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer: -

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa
anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut
kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki
mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggong.


Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita


1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sbaliknya.

3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.

6 - wanita wajib taat kpd suaminya.

7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.

8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).



Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap
4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya
ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

P/S: SEND LAA KAT SAPER2 @ KAWAN2 YG ANDA SAYANGI, BUKAN APER...TAK
RUGI KITER BERPESAN2 CAMNI KAN2....TQ;)