RSS
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers 400

TEMAN SEJATI

PELAMINKU INDAH

KOLEKSI GAMBAR PENGANTIN

Saturday, February 27, 2010

Perkhidamatan yang disediakan

Make-up: Perkhidmatan Make-up Pengantin (Majlis Perkahwinan), Make-up Bertunang, Make-up Akad Nikah, Make-up Dinner Dll.
Mandi: Mandi Berlimau, Mandi Bunga, Mandi Naik Seri Secara Tradisional
Baju(pakaian) : Sewa Baju Pengantin, Sewa Baju Akad Nikah, Sewa Baju Bertunang,sewa Tradisional Jepun, Vietnam, Prancis Dan Lain2
Bilik : Sewa Set Bilik Tidur Bunga Hiasan Disediakan.
Pelamin: Sewa Pelamin Beranika Jenis Dengan Harga Yg Munasabah.
Dulang : Sewa Dulang Dan Lapik Untuk Hantaran
Inai: Lukis Tangan
Fotografi: Untuk Outdoor - Majlis Perkahwinan, Bertunang, Akad Nikah Atau Bergambar Ditaman
Fotografi : Studio - Dengan Peralatan Terkini
Cattering: Perkhidmatan Cattering Untuk Sebarang Majlis Khususnya Majlis Perkahwinan, Meja Pengantin, Khemah Dan Canopy Disediakan.

KEK HIASAN UNTUK MAKAN BERDAMAI




Tuesday, February 23, 2010

JODOH ( DATO' DR HJ MOHD FADZILAH B KAMSAH)

. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan @glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

PEMILIHAN CALON PASANGAN


Hanya gambar hiasan


Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami

* beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
* bertanggungjawab terhadap semua benda
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
* tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
* rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

* beriman & solehah
* rupa paras yang cantik dan elok
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* menentukan mas kahwin yang rendah
* wanita yang subur
* masih dara
* berasal dari keturunan yang baik
* bukan keturunan terdekat

Monday, February 22, 2010

SERANGAN JANTUNG DAN AMALAN MINUM AIR PANAS

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

UDANG GALAH SWEET-SOUR




Bahan-Bahan:
500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

Saturday, February 20, 2010

PUNCH TEMBIKAI




Bahan
buah tembikai
air gula secukup manis
pewarna merah
air secukup
ketulan ais

Cara
1. Buah tembikar dibuangkan kulit dan potong dadu kecil
2, Masukkan dalam mangkuk besar.
3. Masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Hidangkan.

BAWAL SWEET SOUR


Bawal Sweet-Sour

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6. Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga

KERABU DAUN SELOM



Bahan
1 ikat daun selom [bersihkan dan hiris halus]
1 labu bawang besar [hiriskan]
1/2 cawan kelapa
3 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b minyak

Bahan Mesin
4 tangkai cili merah
3 tangkai cili api
2 cm belacan [jika suka]
50 gram udang kering atau ikan bilis
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan kelapadan jus limau. Kacau rata. Tutup api.
3. Masukkan daun selum dan bawang. Kacau rata.
4. Rasakan garam dan hidangkan.

AYAM PERCIK LADA HITAM



AYAM PERCIK LADA HITAM

Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.

RENDANG AYAM



Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan

AYAM MASAK KICAP


AYAM MASAK KICAP

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [potong kecil]
2 biji kentang [potong baji dan gorengkan sehingga masak]
2 biji tomato [potong 4]
1 pokok daun bawang [potong kecil]
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
1/2 cawn air
1 s/b kunyit
5 s/b minyak

bahan mayang
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan tomato. Biarkan sehingga mendideh.
5. Bila mendideh masukkan ayam, tomato, daun bawang dan kentang.
6. Gaulkan dan angkat.

KRIM SUP AYAM



KRIM SUP AYAM

Bahan
1 paket Krim Sup Ayam Knorr [paket hijau - 58 gm - rm2.40 jer..]
5 cawan air
1 s/b tepung jagung + 1/2 cawan air
1/2 batang carrot [dadu kecil]
1 pokok daun bawang [racik]

Cara
1. Masukkan Krim Sup Ayam, air dan carrot dalam periuk dan panaskan sehingga mendideh.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai mendideh lagi.
3. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.
4. Taburkan daun bawang.
5. Hidangkan dengan ayam bakar.

AYAM BAKAR


AYAM BAKAR

bahan A:
1 ekor ayam [potong 8]

Bahan B [Mesin Halus]
3 cm halia
3 batang serai
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b lada hitam
3 biji cili merah [jika suka]

Bahan C
1 s/b kicap
1 s/b garam
2 s/b madu/gula
kunyit serbuk
minyak + serai yg diketukkan [buat renjis sikit]

sayuran hiasan: salad..timun..tomato

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan pada ayam selama 3 atau 4 jam.
2. Bakarkan ayam dalam oven suhu 200'C selama 30 minit
3. Renjiskan sikit minyak dengan serai yg diketuk.
4. Pusing/terbalikkan ayam supaya masak sehingga masak kedalam isi.
5. Bila sudah masak...hidangkan dengan salad..tomato..timun..
6. Makan dengan pencicah sos mengikut kesukaan sendiri dan sukerim sup ayam dan potato chip

PUDING AISKERIM KELADI


Bahan
10 gm serbuk agar-agar
700 ml air
300 gm gula
400 ml susu cair
60 gm tepung jagung
400 gm aiskrim keladi
15 ml pes keladi
pewarna purple
hiasan..sebarang pilihan

Cara
1. Masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut dan mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi.
3. Masukkan susu cair yg dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendideh.
4. Angkat dari api dan tapiskandalam mangkuk besar.
5. Masukkan aiskrim keladi dalam adunan puding dan kacau rata sehingga aiskrim cair.
6. Masukkan separuh adunan dalam mangkuk acuan pilihan dan bekukan sebentar.
7. Masukkan pes keladi dan pewarna purple kedalam adunan yg separuh lagi.
8. Bila adunan dalam acuan telah mulai keras, masukkan adunan yg berwarna purple keatasnya dan sejukkan.
9. Terbalikkan puding dan hiaslah mengikut pilihan sendiri.
10. Hidangkan sejuk.

KUZI UDANG GALAH



Bahan
4 ekor udang besar
200 ml susu cair
50 gm rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
50 gm kismis
150 gm sos tomato
200 ml minyak
garam
kunyit

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Udang dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Gunakan separuh minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan udang, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.

KERUTUP AYAM



Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis

bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.

DAGING MASAM MANIS



Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
20 gm kunyit
100 ml minyak
garam


Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.

NASI MINYAK WARNA WARNI



Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis

Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]

Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.

RUKUN NIKAH

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Friday, February 19, 2010


Alangkah bahagianya menjadi matahari
Yang tak pernah lelah menyinari bumi
Meskipun terkadang ia harus rela tertutupi
Oleh pekatnya hitam awan

Betapa indahnya menjadi matahari
Setiap pagi mendapati bumi dengan punggungnya yang masih polos
Dan meninggalkannya saat lembayung mulai berpendar menanti malam
Ia tak pernah lelah,
apalagi menyesali hari-harinya

Matahari
Dengan suryanya memancar damai di segenap cakrawala
Menembusi batas-batas mega
Menjemput rembulan dan gemintang dengan senyumnya
yang tak pernah berubah

Matahari adalah simbol cinta yang abadi
Yang tak akan pernah pudar
Lewat rupa cantik rembulan malam hari
Atau bersama gemerlap cahya gemintang di atas mega
Matahari tetap menari, mengikuti alur cintanya

Matahari tak pernah terbenam meninggalkan kita,
hanya kita yang bergerak turun dari horizon
Pun matahari tak jua pernah terbit menerkam sisa-sisa gulita,
hanya kita yang berjalan ke atas melewati tepian horizon

Alangkah damainya menjadi matahari
Menikmati setiap jejak waktu yang kita kitari
Di bawahnya
Mungkin kita masih bergurau dalam canda tawa
atau bercerita tentang kepedihan dan sakit hati
Tetapi matahari,
Ia masih tetap setia menanti waktunya sendiri
Menemani jejal nafas-nafas kita di bawah pancaran sinar indahnya
Toh, kita kadang melupakan semuanya;
tentang matahari yang setia dalam jejak dan kata
tentang rembulan dan gemintang gemerlapan di langit malam
Kita masih asyik dalam masygul diri sendiri

Kuingin menjadi matahari;
menyinarimu bak rembulan malam
menyisakan sedikit cahyaku untuk pernik bintang-gemintang
menyaksikan semuanya berbahagia tanpa pernah terbenam di ufuk
Hingga akhir masa…
Kuingin engkau menjadi rembulanku;
yang tulus menemani kesendirian kemataharianku
yang lewat senyum manismu kau titipkan tenteram bagi bumi
dan dengan hadirmu, semua menjadi semakin bermakna

Kuingin engkau benar-benar menjadi rembulan
Hanya bagiku;
yang setiap saat ku tak pernah henti memancar nur cinta kepadamu
kemudian engkau pantulkan dalam pesonamu yang feminim
Kecantikanmu membuatku menjadi semakin berarti
Untuk menjaganya agar tidak pudar
Karenanya;
ku slalu ada menyinari hari-hatimu

Rembulanku..
Hadirmu membawa semangat baru
‘tuk harapan yang t’lah lama tersuruk
Cahyamu telah membuka kembali ruang di jiwa matahari matahatiku;
buatku s’makin menjadi matahari

Rembulanku,
Coba perhatikan sekeliling kita;
bintang bertabur senyum mengikhlaskan semuanya
mereka berbagi makna tentang cahya matahari yang tak pernah redup
dan eloknya parasmu saat bersanding dengan rona merah cahyaku
di malam hari
“Kita sejoli nirwana”, guman mereka setengah berbisik

Lihatlah, wahai rembulanku;
kita hampir sampai
di singgasana peraduan langit ketujuh
Nun di sana;
cinta kita berpadu;
menjadi matahari-matahati-matacinta
hanya engkau dan aku,
disaksikan bintang gemintang gemerlap bertaburan tersenyum iri..

Aduhai, tetaplah jadi rembulanku!
dan ‘ku kan berjanji;
“selalu menjadi mataharimu untuk s’lamanya!”

Thursday, February 18, 2010

ADAT........MAJLIS BERINAI

GERBANG

CANTIKNYA



MAJLIS AKAD NIKAH


BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?...

MASA BERCINTA

engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

Rajin ke Kubur

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Rumah Kahwin

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan !

PEGANG KUAT-KUAT

Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.

Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.

Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.

Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

LAWAK BUDI BAHASA LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

NENEK TUA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya.
Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut.. nenek itu berkata
"Nanti dulu".
Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi.
Tetapi nenek itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?"
"Bila dia menangis".
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?"
"Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.."

KISAH LUCU KAHWIN

APA ITU SEX?

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........

PULAU KAPAS TERENGGANU


PULAU REDANG TERENGGANU




CANTIKNYA WANITA

Allah berfirman : Cantiknya wanita

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Wanita adalah Hiasan dunia... secantik Hiasan adalah WANITA SOLEHA.Hargailah dia dlm hidpumu..

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

....Andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti.....

MENGAPA 'WANITA; SANGAT ISTEMEWA..........

Mengapa WANITA sangat Istemewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...


Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dan hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Wednesday, February 17, 2010

MAWAR MERAH



Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

CINTA ITU KEKUATAN



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

SENYUM ITU SEDEKAH TAPI BIARLAH BERTEMPAT

BENDERA MALAYSIA

Blogged with the Flock Browser


...MERDEKA..

Kibarkan Jalur Gemilang
Bendera Malaysia tercinta yang agung
Mari melangkah seiring
Mencipta kegemilangan dan kedamaian abadi

Laungkan,
Merdeka!..Merdeka!..Merdeka!..

Wargaku tercinta,
Cantas pucuk perkauman
Mari bersama mengekalkan harmoni
Yang kita warisi zaman berzaman

Wargaku,
Jangan leka
Jangan alpha

Kita akan malu
Jika kita melulu

Kita akan tewas
Jika tidak was-was

Kita akan mati
Jika tidak hati-hati

Jangan menjadi hamba dalam merdeka

KAIN TENUNAN



Kehidupan itu adalah laksana tenunan yang selalu bersambung. Semua manusia di muka bumi ini tidak kelihatan di dalam tenunan itu kerana sangat kecil. (Hamka)

MENGAPA SAYA MESTI MENGUASAI ICT

Apa yang dimaksudkan dengan ICT? Akupun tak tahu.Dulu aku rase itu semua tak

Penting dalam hidup aku walau di rumah aku ada sebuah komputer,aku Cuma tengok dan langsung tidak berminat dengan computer tu .pernah anak bertanya macam mana nak buka komputer dan aku suruh anak brtanya pada ayahnya sedangkan komputer tu aku yang beli,tapi aku belipun sebab adik aku yang suruh adik aku kata jangan sampai Buta IT.Satu tahun beli baru aku bertanya pada suami dan adik-adik aku macam mana nak gunakan komputer maklumlah aku abis berlajar tahun lapanpuluhan mase tu aku berkerjapun mengunakam mesin taip biasa dan elektrik je,mase sekolahpun benda yang nama komputerpun aku tak pernah nampak.Budak-budak sekolah sekarang beruntung sebab di sekolah telah disediakan bilik Komputer dan ada tenaga pengajar yang mahir berkaitan ICT.

Berbalik tentang Komputer ni kadang-kadang aku rasa gelihati bila teringat mula-mula aku gunakan,sebab dulu kalau buat surat guna mesen taip kalau salah ejaan atau ayat kena buat balik kat kertas lain tapi bila guna komputer kita boleh betulkan dulu baru keluarkan tapi aku tak tau nak padamkan tulisan bila salah dan bila aku salah tekan je semuanya hilang jadi masa tu aku rasa sama je macam mesin taip Cuma komputer ada skrin je dan boleh tengok tulisan tapi kalau tak ada ilmu tak boleh buat juga dan macam-macam lagi yang aku tak tau buat aku pening kepala lama-lama aku abaikan je komputer tu aku buke cume bila nak main game atau pasang cd je.

Pada tahun 2004 aku diberi peluang berkerja pembantu prasekolah sementara di SK Peserai aku tengok ada dua komputer kat dalam kelas ,aku tak usik sebab computer tu dah rosak kalau okpun aku takkan usik sebab harta orang takut rosak pulak.Tahun 2005 aku dilantik menjadi penjawat awam kerajaan dalam jawatan Pembantu Pengurusan Murid di sinilah bermulanya aku tahu keperluan menggunakan komputer,tapi aku tak tahu nak berlajar dimana ……bertambah pening kepala…..adohii….aku berlajar sikit-sikit dari kawan tapi guru besar suruh lak buat akaun menggunakan EXCEL…..kalau akuan tu aku tak kisah walau dah lama tinggalkan tapi aku boleh ingat lagi tapi gunakan cara excel tu yang aku tak tahu….2007 kawan aku berpindah sekolah jadi semua kerja aku kena buat jadi aku bertekat mesti berusaha untuk menjadi lebih mahir mengunakan komputer .aku berlajar dari ppm sementara yang memang mahir dalam komputer dan guru pelatih dari UPSI yang masa tu sedang buat latihan guru di sekolah ,bila tak paham aku terus bertanya tak kira pada sesiapa termasuk guru besar.

.

Alhamdulillah sekarang aku tak buta IT lagi,aku dah boleh buat semua kerja dan sekarang dah boleh mencipta blog sendiri walaupun tidak sehebat orang lain.ICT memang penting bukan sahaja untuk pelajar tetapi untuk orang dewasa kerana bila kita kenal ICT kita bukan hanya boleh mendapat ilmu dan mengenal Malaysia sahaja tapi kita juga boleh mengenali macam-macam mengenai dunia.Terima kasih kepada Guru Besar Tuan Hj Sarkawi b Hj Satu yang banyak memberi tunjukajar kepada saya juga kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu saya .

Orang IT kata DUNIA DIHUJUNG JARI………jadi pikir-pikirkanlah….yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan

Friday, February 5, 2010

APA DIMAKSUDKAN TENTANG RANGKAIAN (NETWORKING)?

Sistem rangkaian komputer boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan antara satu sama lain melalui sistem operasi yang sepadan walaupun kesemua komputer tersebut tidak berada di kawasan yang sama.

Banyak manfaat telah diperolehi dengan terciptanya sistem rangkaian komputer ini. Antaranya :

*

pengguna boleh berkongsi fail, data serta perisian
*

perkongsian perkakasan seperti pencetak
*

membolehkan pengguna berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain, tanpa kos

networking

Perkongsian fail, data serta perisian

Wang ringgit dan masa dapat dijimatkan dengan adanya sistem rangkaian. Perkongsian, penyalinan dan penghantaran maklumat (seperti fail dan data) dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan. Selain itu, kos bagi pembelian perisian juga dapat dijimatkan melalui sistem rangkaian ini.

Perkongsian perkakasan

Dengan menggunakan sistem rangkaian, penjimatan kos juga dapat dilakukan bagi penggunaan serta pembelian perkakasan. Contohnya penggunaan pencetak. Bayangkan jika pejabat anda mempunyai sebanyak 20 buah komputer, berapa banyakkah pencetak perlu dibeli? Dengan sistem rangkaian, cuma sebuah pencetak (katakan Laserjet) sahaja perlu disediakan untuk dikongsi oleh 20 buah komputer tadi. Jadi, kos pembelian pencetak serta alat gantinya dapat dijimatkan dengan sungguh banyak.

KEGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN

KEGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN

Kalau kita ke kawasan desa dan berbincang fasal ICT atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi, kita akan mendapat dua atau tiga jenis respon.

Respon pertama ialah dari mereka yang tidak tahu menahu mengenainya. Kumpulan ini biasanya terdiri dari golongan dewasa atau warga emas. Anggota kumpulan ini, tidak perlu lagi mengetahui kisah ini, kerana kata mereka sudah begini lama mereka hidup tidak pernah pun menyentuh hal ini, dan mereka boleh hidup dengan baik. Jadi kepada mereka ICT tidak relevan lagi. Kepada mereka ICT dan peralatannya, akan menjadi bebanan kepada mereka. Pendapat mereka ialah bahawa ICT adalah untuk orang-orang yang tertentu sahaja, bukan untuk orang seperti mereka … untuk orang-orang yang berlebihan wang, dan untuk orang-orang pandai sahaja.

Respon kedua ialah dari mereka yang banyak berkunjung ke café siber. Kepada mereka ini ICT bermakna permainan, perbualan dan perjudian … atau kadang kala melayari lamanweb-lamanweb yang lucah dan sebagainya. Kumpulan ini berminat terhadap ICT kerana ia merupakan sebagai satu alternatif untuk mereka berhibur tanpa had. Untuk mereka ini, komputer tidak perlu dibeli … penggunaannya hanya melibat kadar bayaran sekitar RM 2.00 sahaja sejam. Jadi mereka ka café siber. Lagipun di tempat-tempat ini, kawalan terlalu longgar … maklumlah tempat-tempat ini diwujudkan untuk perniagaan. Yang diperlukan ialah jumlah pelanggan yang datang. Kalau kawalan ketat dikenakan, maka kuranglah nanti yang datang.

Dan respon yang ketiga ialah dari mereka yang menggunakan ICT seperti yang sepatutnya, iaitu untuk mendapat dan menimba ilmu, mendapatkan maklumat yang berguna kepada kehidupan mereka, berinteraksi, dan menggunakan aplikasi ICT dalam urusan seharian mereka iaitu seperti urusan dengan bank dan jabatan-jabatan kerajaan. Kumpulan ini tidak ramai. Rata-rata mereka adalah terdiri dari pelajar yang mempunyai inisiatif, pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, pengkaji dan penyelidik, penulis, wartawan, dan mereka yang terus berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Itulah tiga jenis respon, dari tiga kumpulan masyarakat yang akan kita temui, bila kita berbincang mengenai ICT di kawasan desa … atau di mana juga.

Sebenarnya ilmu pengetahuan mengenai ICT dan aplikasinya ini, memang amat berguna kepada kita. Tetapi untuk membawanya supaya lebih rapat kepada masyarakaqt, kita sendiri harus dan diperlu mengetahui ehwalnya dengan sepenuhnya. Kalau tidak apa yang kita bawa tanpa pengetahuan yang lengkap, akan membahayakan pula.

Kalau kita perhatikan perkembangan penggunaan ICT dan aplikasinya di beberapa buah Negara dunia, kita terasa benar bahawa kita ketinggalan agak jauh di belakang. Mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya kefahaman kita mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui kaedah ini.

Di sini ingin saya petik satu Kertas Kerja yang telah dibentangkan di satu Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, yang telah diadakan dalam tahun 2002 dahulu. Kertas ini disediakan oleh Mashkuri Yaacob, A.N. Zainab, N.N. Edzan, Abrizah Abdullah, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

‘Istilah kaya dan miskin maklumat kerap digunakan tanpa mengambilkira pengertiannya. Ia memerlukan pemahaman mengenai apa yang ditakrifkan sebagai maklumat, bagaimana ianya menjadi kaya dan bagaimana kekayaan ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan atau pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.

Maklumat tidak berguna jika ianya tidak digunakan untuk sesuatu tujuan dan ianya menjadi berguna apabila kita menambahkan nilai kepadanya. Ini dilakukan dalam konteks spesifik atau berdasarkan pengalaman. Apabila maklumat digabungkan dengan konteks dan pengalaman, ianya berubah menjadi ilmu (Harris, 1996). Konteks di sini merujuk kepada pandangan hidup, nilai sosial, agama dan warisan kebudayaan seseorang individu. Pengalaman pula merujuk kepada ilmu yang diperolehi. Pemahaman dan interpretasi yang betul mengenai ilmu bergantung kepada pengalaman, keupayaan kognitif dan konteks dalam mana maklumat dikomunikasikan. Justeru itu, maklumat dan ilmu berhubungkait dengan kekayaan. Dengan itu, walau pun kehadiran dan keupayaan untuk mengakses maklumat merupakan kriteria penting dalam pengwujudan kekayaan atau kemiskinan maklumat, ilmulah yang merupakan penyumbang utama dalam membuat maklumat itu kaya kerana jika tanpa penambahan makna kepadanya, nilai maklumat yang ada dan boleh diakses adalah rendah. Ini bermakna ketidakupayaan untuk menambah elemen pembangunan kepada maklumat yang sedia ada akan menjadikan maklumat itu miskin dan ketidakupayaan ini menjadi penghalang kepada pembangunan dan kehidupan (Britz dan Blignaut, 1999). Dalam konteks masyarakat Melayu pula, apa yang perlu diperolehi ialah maklumat yang merangsang ilmu di kalangan anggota masyarakat yang akan menggunakan ilmu ini untuk kebaikan sosial, ekonomi dan teknologi.’

Saya kira penjelasan ini dapat membawa kita ke satu arah tuju yang lebih tepat dalam usaha kita memasyarakatkan ilmu ICT ini.

Dan penjelasan ini, saya yakin dapatlah membantu kita benar-benar membawa ICT ke pangkuan masyarakat kita … terutama yang tinggal di desa. Selain dari itu, dapatlah kita, terutama yang terlibat dalam merancang program dan aktiviti ICT benar-benar faham yang diperlukan, dan apa yang boleh dibawa untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Kerana, ICT adalah satu-satunya yang boleh dan dapat membawa masyarakat kita ke tahap kaya dengan ilmu pengetahuan, yang dengan sendirinya pula dapat meletakkan masyarakat setaraf dengan yang maju di dunia antarabangsa.

5 JENIS SABAR

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
Anda mungkin juga meminati:
Sabar Itu Indah
Pahala Yang Tidak Terhitung

SABAR

Firman ALLAH SWT:

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)


Ulasan Ayat :

1)Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

2)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

3)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

4)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

5)Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

6)Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

7)Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mu

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Nasihat Yusof Al-Qardhawi...

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s.a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda
bersujud. Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !"

Rasulullah menyambung:
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat

DOA

Allah SWT berfirman,
"Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintahNya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya"
(Al-Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang-orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ;
'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang duduk menunggu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya;
'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'"
(Shahih Muslim no. 469)

3. Orang - orang yang berada di saf bagian depan di dalam solat.
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf - saf terdepan"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang - orang yang menyambung saf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda;
" Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadith ini)

7. Orang - orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjama'ah.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'"
(Al Musnad no. 9140, hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda;
"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata amin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"
(Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang - orang yang berinfak.
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda;
"Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'"
(Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang makan sahur.
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang makan sahur"
(hadith ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga subuh"
(Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)