RSS
assalamualaikum Pictures, Images and Photos
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers 400

TEMAN SEJATI

PELAMINKU INDAH

KOLEKSI GAMBAR PENGANTIN

Sunday, January 31, 2010

KOLEKSI BAJU PENGANTIN PEREMPUAN



Friday, January 29, 2010

MUTIARA KATA

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...


Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.

Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor

Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana
disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap
seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"

KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU

Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu.

"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal
leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta
jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."



Friday, January 15, 2010

Antara mak dengan pasangan

Sesuatu yang baik untuk di renungkan bersama.....

Berilah yang terbaik buat ibu-ibu anda sementara mereka masih hidup
..

Bila seronok, aku cari.... pasanganku
-Bila sedih, aku cari..... Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada.... pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada... . Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat.... pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.... Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa.... pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak ?
- Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
- MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya... ..
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah cerita ini kepada sahabat- sahabat anda
.

-§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
-§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
-§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
-§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

ISTERI ADALAH AMANAH ALLAH

Isteri adalah amanah dari ALLAH bukan pemberian... ....

Kadang-kadang sebagai hamba kita terlupa dunia ini hanya jembatan ke akhirat sebab itu amanah ALLAH kita jadikan HAK disebabkan oleh ego dan nafsu......

Mat...mat... .

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah
dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau
boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja
setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari
sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya
Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk

sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku
bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi
besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri.
Bangun
saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan
anak-anak
dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan
air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan

bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar
untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru
sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai
dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik
sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa
pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula
mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah.
Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian
angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk
supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan
disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak
berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor
sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan
pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan
makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan,
pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu
uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan
pun dah longlai lohe...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat
rupanya.. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani
kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami
dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan
langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa
semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi
jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada
juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah
kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi
isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja'

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat,
kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi
telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !

~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara
di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil
bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah
abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu
isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan
jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah
anugerah Tuhan yang tidak ternilai.

RAYA DAN KISAH BALIK UMAH MAK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Semoga cerita ini jadi renunganan kita bersama dalam menjalani kehidupan





Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun..
Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah
ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu solat subuh ibu
akan memanggil kami semua (3 orang anak
perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah
berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang
kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang
amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula

meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.
Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada
Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak
lama lagi. Apabila h am pir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan
berbantah-bantahan untuk pulang ke kampong siapa pada hari raya pertama.

Betul tak?
Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........
Ibu : Dengar dulu.....contohnya jika rumah kamu di Paka, rumah ibu di Johor
dan rumah mentua kamu di Marang, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?
Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....
Ibu :
Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke

rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke
rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.
Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut
perwatakan ibu.....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam
menyulam , memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik
dialah yang
paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru
adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak
puas ati)
Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan itu sayangkan ibu bapanya dan
inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti...taatlah pada suami dan
mentua ........
Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.
Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempuan
yang taat pada suami disamping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat
pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga
suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan
suami kamu mengikut ISLAM.......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA.
InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali
kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah
payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang
yatim piatu......jadi

setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa
mentua.Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan
beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di
rumah ibu (rumah Acik di KL). Dengan takdir Allah ketika saya berada di
tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekluarga tiba di
rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada
masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang
ipar...
Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?
Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke
Melaka
(dia nie memang malu sakan dgn
ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?
Abang ipar : Tidak bu........saya izinkan keluarga saya beraya di sini.
Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?
Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa
terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. ( abang ipar
bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan
ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak
kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya ber sama ibu di
sini.(sambil menitis airmata)
Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini. Apabila habis
bulan syawal seperti biasa hanya sayadan ibu saja
tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan
masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga
kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat
kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu
dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu
perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah
ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong
kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah
masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu
kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya.
Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya

tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami
sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang
menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri saya
sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku
sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu
sepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan
pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn


Moral: Jangan gaduh pasal balik raya la, pakat baik2. Buat anak lelaki,
tanggungjawab kat ibu sampai salah seorang (anak tu atau ibu)
menemui ajalnya. Buat para isteri, jangan sampai jadikan suami anak
derhaka...

Saturday, January 9, 2010

NAFKAH BATIN-BUKAN HANYA UNTUK NAFSU

Tidak semua wanita yang tidak mahu berkahwin itu terlalu memilih suami yang berpangkat dan bergaji besar. Ada juga dikalangan mereka yang bercita-cita ingin mencari lalaki yang berilmu dan beramal diatas segala apa yang telah diperintahkan oleh Allah swt.
Oleh itu mereka terpaksa bertangguh untuk mendirikan rumahtangga dan untuk mencari seorang lelaki yang beramal saleh di akhir zaman ini ibarat payahnya mencari sebutir mutiara asli. Sebabnya, ramai suami dewasa ini mencuaikan tanggungjawabnya di dalam mendidik ahli keluarganya malah tugas itu diserahkan sepenuhnya kepada isteri dan guru sahaja.
Kita percaya hampir ke semua suami berjaya menunaikan tanggungjawabnya di dalam memberi nafkah zahir(seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal) kepada ahli keluarganya. Tetapi bagaimana pula dengan tuntutan nafkah batin? Rata-rata masyarakat sekarang memahami bahawa tuntutan nafkah batin itu sekadar untuk melepaskan keperluan seks melalui jalan yang sah dan tidak lebih dari itu.
Bila sesempit itu pandangan mereka, maka timbullah berbagai masalah di dalam rumahtangga. Contohnya, ahli keluarga tidak pandai bersembahyang, tidak pandai mengaji Al Quran, cuai berpuasa dan tidak tahu hukum halal dan haram. Isteri dan anak-anak hidup terbiar tanpa asuhan dan dididkan Islam yang sewajarnya.
Nabi saw telah mengingatkan para suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada Allah dan Rasul-Nya."
Menunaikan nafkah batin bererti mengajar isteri dan anak-anak dengan ilmu serta didikan agama yang sempurna sehingga terbentuknya sebuah keluarga yang dianggotai oleh mereka yang soleh dan solehah. Barangsiapa yang cuai atau lari daripada tanggungjawab ini bererti dia telah menempah jalan ke neraka. Nabi saw pernah bercerita menerusi sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada seseorang yang menjumpai Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar daripada seorang suami yang membodohkan ahli keluarganya. "
Apakah ilmu-ilmu dan didikan yang mesti diajarkan oleh seorang suami kepada ahli keluarga? Setiap suami bertanggungjawab mengajar anak isterinya ilmu-ilmu fardhu ain iaitu tauhid, fekah dan tasauf. tujuan mempelajari ilmu tauhid supaya aqidah mereka bertepatan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Contohnya, mempelajari sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Mempercayai rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam.
Kita diwajibkan mempelajari ilmu fekah sebagaimana penekanan Allah menerusi firmannya bermaksud: "Ketahuilah! Bahawa dianjurkan bagi seorang suami memerintahkan isterinya(dan mengingatkannya dengan nada yang lembut) dan menafkahinya menurut kadar kemampuannya dan berlaku tabah (jika disakiti oleh isterinya) dan bersikap halus kepadanya dan mengarahkannya ke jalan yang baik dan mengajarnya akan hukum-hukum agama yang perlu diketahui olehnya iaitu hukum bersuci, haid dan ibadah-ibadah (yang wajib dan sunat)."
Justeru itu, suami mesti mengajarkan isterinya cara-cara mandi hadas dan berwuduk serta masalah haid, nifas dan wiladah. Juga mengenai cara-cara menyucikan najis serta pembahagian air yang wajib untuk dibuat bersuci, hukum halal dan haram serta banyak lagi.
Tujuan mempelajari ilmu tasauf pula supaya setiap amalan yang dilaksanakan itu benar-benar ikhlas dan dijauhkan daripada bersifat riyak, ujub (hairan kepada diri sendiri) sombong dan lain-lain lagi.
Selain daripada perkara-perkara asas tersebut suami juga bertanggungjawab mendidik isteri, berakhlak mulia terhadapnya dan terhadap anak-anak, ibubapa, sesama isterinya sekiranya ada, rakan-rakan, jiran tetangga serta masyarakat.
Suami perlu memberitahu isteri tentang adab seorang isteri bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakannya. Juga tentang akhlak semasa bersama anak-anak iaitu berbual dengan mereka dengan bahasa yang baik dan jangan suka memaki-hamun mereka dengan bahasa yang kesat. Kerana sesungguhnya kata-kata ibu itu mengandungi doa; jika tercetus dari mulut ibu kata-kata seumpama "Beruk punya anak1" maka lahirlah watak beruk pada si anak yang sukar untuk dilentur perangainya.
Ajarkan juga isteri supaya menghormati dan beradap sopan ketika berhadapan dengan ibubapa dan mertuanya. Memuliakan keluarga suami lebih daripada yang lain. Sentiasa memberi nasihat kepada isteri jika ia suka mengumpat, berleter atau memfitnah jiran tetangganya. Ingatkan isteri supaya jangan suka menceritakan keburukan dan kelemahan suami kepada orang lain.
Selalu ingatkan isteri supaya banyak bersabar dalam menempuh segala ujian dan perintah-perintah Allah swt. Ajarkannya batas-batas aurat dan batas-batas pergaulan seorang wanita. Pastikan auratnya terkawal ketika pergaulan dengan sanak saudara, sahabat-sahabat perempuan, dan ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhramnya. Dan supaya isteri tidak keluar rumah tanpa izin daripada suami.
Isteri yang berjaya dididik dengan baik akan menjadi insan yang patuh kepada Allah dan taat pada suaminya dikala susah mahupun senang. Dia akan menjadi insan yang sentiasa menjadi pendorong serta penasihat kepada suami dalam hal-hal kebaikan, malah sentiasa mendoakan keselamatan ke atas suaminya pada setiap waktu.
Kesimpulannya, inilah sebahagian daripada tanggungjawab suami dalam menunaikan nafkah batin kepada isteri. Kiranya suami jahil dan tidak mampu untuk mengajar isteri dan anak-anak, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar. Semoga dirinya dan ahli keluarganya terselamat daripada seksa di akhirat kelak.
Ibnu Abbas pernah berkata: :Berilah pengertian agama kepada mereka (ahli keluarga) dan berilah pelajaran budi pekerti yang bagus kepada mereka."
Kebenaran tetap ada walau dalam kesamaran

Thursday, January 7, 2010

MADAH INDAH

ika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.


[Kembali ke atas]

Wednesday, January 6, 2010